KUALA LUMPUR, 2 Julai — Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai hari ini dijangkakan sebanyak RM32.09 bilion dalam sistem konvensional manakala dana Islam sebanyak RM33.04 bilion.

Bank pusat itu akan menjalankan tiga tender pasaran wang konvensional yang masing-masing bernilai RM1 bilion bagi tempoh tujuh hari, 14 hari dan 32 hari.

BNM akan turut melaksanakan tender Qard lelongan matang pelbagai Islam bernilai RM3.5 bilion selama tujuh hari sehingga 32 hari serta tender repo bernilai RM945 juta selama 32 hari.

Ia turut mengumumkan urus niaga Repo Berbalik, Perjanjian Jual dan Beli Semula (SBBA) serta kemudahan urus niaga Murabahah Komoditi Bercagar (CCM) yang tersedia bagi tempoh satu hingga tiga bulan.

Pada 4 petang, BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM30 bilion manakala tender semalaman Murabahah pada RM29.5 bilion.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here