(Kuala Lumpur, July 11)UMNO terbuka kepada orang Melayu dan Bumiputera yang ingin menyertainya, kata Naib Presiden Umno Ismail Sabri Yaakob.

“Bagi kita (Umno), sesiapa saja orang Melayu dan Bumiputera boleh (memohon untuk) menyertai parti,” katanya pada sidang media di Kota Kinabalu, malam tadi.

Beliau berkata bagi bekas ahli parti yang ingin menyertai semula Umno perlu melalui prosedur biasa dan terpulang kepada Majlis Tertinggi Umno untuk membuat keputusan berhubung permohonan mereka.

“Saya rasa ramai pemimpin Umno buat kenyataan bahawa kita parti terbuka. Ramai yang dah keluar (Umno) pun masuk balik, tapi apa pun perlu diputuskan oleh Majlis Tertinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas gesaan oleh beberapa pemimpin Umno agar Perdana Menteri Muhyiddin Yasin kembali menyertai Umno.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here