KUALA LUMPUR, 17 Julai — Bank Simpanan Nasional (BSN) kini sedang mengkaji bantuan yang bersesuaian bagi membantu para pelangganya yang terjejas akibat penularan wabak COVID-19, berikutan tempoh moratorium yang dijadualkan tamat pada akhir September ini.

Ketua Eksekutif Datuk Yunos Abd Ghani berkata bank komited untuk terus membantu para pelanggan terutamanya selepas tamat tempoh moratorium

“Kami menggalakkan para pelanggan untuk memberi kerjasama dan mengunjungi Cawangan BSN terdekat untuk mengemas kini maklumat peribadibagi memudahkan Bank menghubungi mereka,” tambah beliau.

Yunos berkata sekiranya pelanggan menjangkakan kesukaran untuk membuat pembayaran pinjaman/pembiayaan, mereka boleh menghubungi Pusat Hubungan Pelanggan BSN melalui talian 1-300-88-1900 sebagai tindakan awal untuk mendapatkan bantuan yang sewajarnya serta untuk memaklumkan kepada pegawai kami mengenai situasi yang dihadapi.

BSN turut menasihati pelanggan untuk berwaspada dengan “scammers” yang menjalankan aktiviti penipuan sambil menambah ia tidak melantik ejen atau pihak ketiga untuk bantuan.

Maklumat lanjut mengenai bantuan ini boleh didapati di  www.mybsn.com.my. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here