KUALA LUMPUR, 1 Ogos — Bagi merevolusikan industri hartanah dengan menggunakan teknologi, IOI Properties baru-baru ini menjalankan program hackathon bagi pengaturcara muda untuk menguji idea dan inovasi mereka.

Ketua Pegawai Jualan dan Pemasaran IOI Properties, Jason Tie berkata usaha pendigitalan tidak dapat tidak telah mengubah model perniagaan. 

“Malahan industri hartanah tradisional terpaksa melakukan perubahan. Oleh itu kita perlu bergerak ke hadapan dan mengubah industri dengan inovasi digital,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hackathon itu yang bertujuan mencari penyelesaian digital terbaik bagi industri hartanah, dimenangi oleh pasukan Green Phoenix, mengalahkan 63 pasukan lain.

Pasukan itu terdiri daripada tiga individu, yang merupakan bekas penuntut Universiti Malaysia iaitu Madin Maseeh, 26, dan abangnya, Maish, bersama dengan Yoosuf Zimaam, 23.

Pasukan juara bersama dengan dua pasukan naib juara akan dibantu dengan pembiayaan, mentor nasihat perniagaan dan platform ujian bagi inkubator atau program pemecut. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here