KUALA LUMPUR, 18 Sept — United Overseas Bank (Malaysia) Bhd (UOB) akan membuka cawangannya di seluruh negara pada hujung minggu bulan ini untuk menawarkan program bantuan COVID-19.

Dalam satu kenyataan hari ini, ia memaklumkan semua cawangannya akan dibuka esok dan 20 Sept serta 26-27 Sept mulai 10 pagi hingga 1 tengah hari kecuali di Kota Bharu (Kelantan), Kuala Terengganu dan Lebuh Bishop (Pulau Pinang).

Cawangan di Lebuh Bishop akan ditutup pada hujung minggu berikutan kerja-kerja pengubahsuaian, manakala cawangan di Kota Bharu dan Kuala Terengganu akan dibuka pada 18, 19, 25 dan 26 Sept (Jumaat dan Sabtu) mulai 10 pagi hingga 1 tengah hari.

“Kami sedar, sebahagian daripada pelanggan mungkin memerlukan bantuan kewangan yang berterusan selepas moratorium berakhir pada 30 Sept ini.

“Disebabkan itu, kami meneruskan program bantuan COVID-19 untuk menawarkan sokongan kepada mereka selepas (tempoh) moratorium,” kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Wong Kim Choong.

Maklumat lanjut boleh diperolehi menerusi uobcustomerservice@uob.com.my

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here