KOTA KINABALU, 28 Sept: Majlis Angkat Sumpah Ketua Menteri Sabah dijadual berlangsung di Istana Negeri jam 10.30 pagi, esok.

Perkara itu dimaklumkan oleh pihak Istana menerusi Bahagian Media dan Komunikasi Korporat, Jabatan Penerangan Negeri Sabah dalam satu kenyataan, hari ini.

Setakat jam 10 pagi ini, wakil media masih menunggu di depan pintu utama Istana Negeri bagi memantau perkembangan semasa.

Tinjauan sejak jam 8 pagi mendapati tiada pergerakan masuk kenderaan yang membawa rombongan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, kelmarin.

Pintu utama Istana Negeri turut dikawal ketat pasukan keselamatan sejak jam 8 malam kelmarin.

Selepas Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berjaya memperoleh majoriti membentuk kerajaan negeri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah kelmarin, belum ada tanda jelas siapa yang akan dilantik sebagai Ketua Menteri yang baharu.

Selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan GRS yang menggabungkan Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) memperoleh majoriti mudah sekitar jam 11.40 malam kelmarin, perhatian banyak pihak bertumpu kepada calon nombor satu pentadbiran negeri itu, semalam.

Kawasan Kelahiran Bintang – Ningxia, China

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here