KUALA LUMPUR, 8 Okt — Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Klang, Selangor yang berkuatkuasa mulai tengah malam ini (9 Okt), hanya melibatkan kawasan di mukim Klang sahaja, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata selain itu, kerajaan Persekutuan masih berbincang dengan kerajaan Selangor mengenai kawasan dan lokaliti yang terlibat, dan akan diumumkan setelah ditentukan kelak.

Ismail Sabri berkata mesyuarat juga bersetuju membenarkan Pelabuhan Klang beroperasi seperti biasa, manakala aktiviti ekonomi juga dibenarkan beroperasi mengikut masa yang ditetapkan.

“Pasar Borong, Pasar Tani dan Pasar Biasa, beroperasi bermula 4 pagi sehingga 2 petang, manakala operasi pasar malam adalah tidak dibenarkan.

“Kedai-kedai makan, gerai dan warung juga boleh dibuka tetapi terhad dari jam 6 pagi sehingga 10 malam dan hanya untuk pembelian secara pandu lalu, penghantaran serta take away sahaja,” katanya dalam sidang media secara maya dari kediamannya menerusi Facebook Kementerian Pertahanan hari ini. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here