WASHINGTON, 15 Okt — Kanak-kanak di Amerika Syarikat (AS) akan diberi khidmat nasihat oleh pegawai kesihatan terlebih dahulu sebelum diberi suntikan vaksin COVID-19 apabila vaksin itu tersedia kelak, lapor agensi berita Sputnik.

“Pada awalnya, vaksin COVID-19 mungkin tidak disarankan untuk kanak-kanak. Dalam ujian klinikal awal untuk pelbagai vaksin, hanya orang dewasa yang tidak hamil mengambil bahagian dalam ujian itu,” kata Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) dalam satu kenyataan pada Rabu. 

Sekurang-kurangnya satu atau mungkin beberapa vaksin COVID-19 bakal tersedia untuk orang awam sebelum penghujung tahun 2020.

Kategori peserta yang turut serta dalam ujian klinikal terus diperluaskan dan kumpulan yang disyorkan untuk menerima vaksin mungkin akan berubah-ubah, kata CDC. 

Di AS ketika ini tiada vaksin yang dibenarkan atau diluluskan untuk mencegah COVID-19 tetapi CDC menumpukan pada perancangan, bekerjasama dengan jabatan kesihatan dan rakan kongsi untuk bersiap sedia jika satu atau lebih vaksin siap.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here