KUALA LUMPUR, 23 Okt  — Kaunter Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Shah Alam, Selangor ditutup bermula hari ini hingga 27 Okt bagi membolehkan  proses sanitasi dilakukan.

LHDN dalam kenyataan berkata sepanjang tempoh itu, pembayar cukai disaran untuk melakukan urusan percukaian secara dalam talian.

Menurut kenyataan itu, sebarang pertanyaan serta maklum balas boleh menghubungi LHDN menerusi Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (luar negara) atau HASiL Live Chat atau Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDNM di pautan https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here