BEIJING, 16 Nov — Biro Statisitik Negara (NBS) China mengumumkan kira-kira 10,090,000 penduduk dari kawasan bandar dan pekan negara ini berjaya memperoleh pekerjaan baharu dalam 10 bulan pertama tahun ini.

Jurucakap NBS, Fu Linghui dalam sidang taklimat yang diadakan di Beijing hari ini berkata, statistik itu sekali gus menandakan China mencapai sasaran lebih awal daripada jadual.

Selain itu katanya,  kadar pengangguran di bandar dan pekan negara ini adalah pada kadar 5.3 peratus untuk Oktober, penurunan 0.1 peratus berbanding September.

Statistik berkenaan turut memperlihatkan kadar pengangguran penduduk yang berumur 25-59 tahun mencatatkan sebanyak 4.8 peratus, sama dengan rekod pada September.

Tambah beliau kadar pengangguran di 31 buah bandar besar mencatat 5.3 peratus pada Oktober yang menyaksikan penurunan 0.2 peratus berbanding September.

Purata masa bekerja yang dicatatkan bagi setiap pekerja di syarikat-syarikat China pada Oktober adalah 46.7 jam seminggu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here