BEIJING, 3 Dis — China sebagai negara anggota Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) akan mengambil tindakan terperinci  bagi melaksanakan perjanjian yang  telah dimeterai itu.

Dalam sidang Dewan Negara China baru-baru ini, kerajaan pusat menggubal garis panduan bagi mendorong langkah terperinci dilaksanakan secepat mungkin termasuk untuk mengurangkan tarif, memudahkan prosedur kastam, membuat persiapan teknikal bagi memenuhi Peraturan Tempasal (ROO), mewujudkan penyatuan piawaian produk dan pengiktirafan bersama.

Ia juga merangkumi tindakan memberikan pelepasan kastam dalam tempoh enam jam untuk penghantaran ekspres serta kargo membabitkan bungkusan mengandungi barangan mudah reput dan rosak bagi memenuhi permintaan 90 peratus perdagangan komoditi rantau ini menikmati status bebas tarif setelah RCEP diwujudkan secara menyeluruh.

Di samping itu, China juga akan mengambil langkah-langkah bagi memperincikan pelaksanaan dasar pintu terbuka dalam bidang perdagangan perkhidmatan dan pelaburan.

Usaha kerajaan China itu bukan sahaja menjelaskan mengenai tanggungjawab dan tempoh masa pelaksanaannya, tetapi juga memperlihatkan keazaman dan keikhlasan Beijing untuk mendorong pelaksanaan perjanjian RCEP dan meningkatkan tahap keterbukaannya terhadap dunia luar.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here