PETALING JAYA,3 Dis: Walaupunberlaku perpecahan ketara dalam kalangan pemimpin Pakatan Harapan (PH), kekurangan pengganti yang berwibawa bermakna kini bukan masa untuk pemimpin lama dipingggirkan, kata penganalisis.

Mereka percaya, mempertahankan kedudukan memberikan PH peluang terbaik untuk membentuk semula kerajaan selepas PRU15.

Keretakan dalam pakatan itu mula meluas berikutan kelulusan belanjawan persekutuan di peringkat dasar bulan lalu dengan keputusan Anwar Ibrahim mengarahkan Ahli Parlimen pembangkang tidak memilih undi belah bahagi.

Langkah itu hanya mendedahkan kemudiannya bahawa tokoh pembangkang Lim Guan Eng dan Mohamad Sabu tidak bersetuju.

Keretakan pertama muncul selepas peletakan jawatan perdana menteri Dr Mahathir Mohamad sebelum ini. Ia mencetuskan perebutan berhubung jawatan kosong itu.

Baru-baru ini Ahli Parlimen Warisan secara terbuka meluahkan rasa tidak puas hati terhadap Anwar dengan bertindak keluar ketika proses pengundian belanjawan pada Isnin.

Mereka menyuarakan kekecewaan terhadap keputusan saat akhir ketua pembangkang itu, sekali gus mendedahkan pertelagahan dalaman pembangkang.

Bekas pensyarah Universiti Teknologi Malaysia, Azmi Hassan bagaimanapun memberitahu FMT, walaupun wujud ketidakharmonian, “pemimpin lama” yang adalah itulah yang menjadikan pembangkang digeruni.

Beliau berkata, mereka mesti mengatasi perbezaan yang wujud untuk menunjukkan kesatuan sesama mereka sekiranya mahu mengharapkan kemenangan pada pilihan raya akan datang.

“Pembangkang perlu berpakat mengenai pilihan terbaik mereka sebagai perdana menteri kerana ia merupakan faktor kritikal bagi mendapatkan kepercayaan rakyat bahawa mereka mampu menjatuhkan kerajaan sedia ada.”

Beliau berkata, pemimpin seperti Lim, Mohamad Sabu dan Anwar adalah sinomim dengan blok pembangkang justeru tidak wajar untuk mengetepikanmereka sekarang, sebaliknya menekankan kepentingan untuk mengetengahkan pemimpin masa depan.

“Mereka perlukan muka baru, tetapi ini tidak bermakna ahli politik muda. Pengundi biasanya akan lebih yakin dengan muka yang tidak asing di barisan depan parti politik, terutama bagi pembangkang.”

Beliau berkata, dengan pembangkang kelihatan “tiada arah tujuan”, kerajaan lebih terbuka untuk bercakap mengenai PRU15 sejak akhir-akhir ini.

Beliau mengingatkan pembangkang supaya bertindak segera dalam mencari pemimpin yang boleh menarik perhatian rakyat dan menarik sokongan semua pihak.

Katanya, hanya Anwar dan Mahathir mempunyai kemampuan itu.

Oh Ei Sun, felo kanan di Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura, bersetuju bahawa wujud keperluan mendesak bagi penyatuan pembangkang, dengan berkata, pemimpin lama mungkin menjadi kunci kemenangan dalam pilihan raya yang dijangka berpecah-pecah.

“Kedua-dua belah pihak utama tidak akan memperoleh majoriti ketara dalam pilihan raya akan datang untuk membentuk kerajaan yang stabil.

“Justeru, mustahak bagi ‘pemimpin lama’ mengekalkan asas sokongan konvensional mereka, yang diharap dapat memberikan sejumlah Ahli Parlimen dan kerusi di meja rundingan politik bagi membentuk kerajaan gabungan baru.”

Walaupun sentimem umum mungkin menyokong langkah menyerahkan kepimpinan kepada generasi baru, Oh tidak mengjangka iai akan berlaku dalam masa terdekat kerana beliau tidak melihat sesiapa yang mempunyai “kedua-dua, karisma dan kemahiran politik” untuk menyatukan pembangkang dan menggalas tanggungjawab itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here