5 Disember: JUMLAH kes Covid-19 di Malaysia akan mengatasi China jika terus mencatat purata 1,210 sehari, kata Lim Kit Siang.

Perkara itu tidak mustahil berlaku dalam tempoh kurang dua minggu, kata ahli Parlimen Iskandar Puteri, dan sudah sampai masanya Malaysia mengkaji mengapa usaha membendung pandemik sehingga kini tidak berjaya menurunkan kes.

“Malaysia kini berada di tangga ke-82 di dunia dengan 70,236  jumlah kes Covid-19, manakala China di tangga 75 dengan China dengan 86,585 kes.

“Malaysia sekarang hanya tujuh tangga di atas China. Pada 1 September lalu misalnya, China mempunyai 85,058 kes manakala Malaysia hanya 9,354 kes,” kata veteran DAP itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here