SANDAKAN, 19 Dis — Pengusaha industri pelancongan perlu mencuba idea baharu untuk memulihkan semula sektor dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berikutan penularan pandemik COVID-19.

Presiden Persatuan Pengusaha Pelancongan Koridor Kehidupan Kinabatangan (KiTA) Alexander Yee berkata ini boleh dilakukan dengan menjalin kerjasama dengan penduduk tempatan untuk menghasilkan produk baharu yang dapat menarik minat pelancong domestik.

“Kita tidak pernah mengalami pandemik seperti ini, jadi kita tidak tahu bagaimana untuk memulihkan sektor pelancongan, terutama sejak sempadan antarabangsa masih ditutup kepada pelancong asing. 

“Tetapi saya sendiri sebagai pengendali pelancongan, kami (pengusaha pelancongan) perlu bangunkan produk pelancongan baharu dan mencubanya. Ia adalah berbaloi untuk dicuba,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran,Kem Makananatau Food Camp, produk pelancongan baharu di Sandakan.

Yee juga menzahirkan penghargaan kepada kerajaan kerana membenarkan sektor pelancongan domestik dibuka semula dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi memerangi penularan pandemik COVID-19. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here