KUALA LUMPUR, 14 Jan — Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengucapkan Selamat Hari Ponggal kepada kaum India yang meraikan sambutan itu di negara ini.

Dalam hantaran Facebook rasmi beliau, Muhyiddin berharap mereka masih dapat meraikan sambutan itu bersama-sama keluarga walaupun tiada aktiviti kunjung-mengunjung dapat dilakukan.

Ponggal merupakan perayaan yang disambut selama empat hari bermula hari pertama bulan Thai mengikut kalendar Tamil bersempena musim menuai, menandakan kesyukuran terhadap hasil yang diterima.

 Ponggal adalah perkataan Tamil yang bermaksud ‘mendidih susu sehingga melimpah’ yang merupakan simbolik hidup seseorang akan dilimpahi kemakmuran, kesejahteraan dan keamanan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here