BEIJING, 9 Feb (Bernama) — Syarikat Sains dan Teknologi Origin Kuantum Hefei China pada Isnin mengeluarkan sistem pengendalian komputer kuantum baharu iaitu “Origin Pilot” .

Origin Pilot dapat meningkatkan kecekapan operasi berkali ganda berbanding komputer kuantum sedia ada.  

Ia membabitkan sistem pengendalian antara sektor teknologi kunci bagi mengendalikan perkakasan dan perisian komputer. Komputer kuantum pula ialah sektor pengajian antarabangsa yang sedang hangat diperkatakan ketika ini.

Pada masa ini, hanya terdapat kira-kira 50 buah komputer kuantum yang boleh digunakan di seluruh dunia.

Untuk itu, kaedah meningkatkan kecekapan operasi komputer kuantum dianggap kesukaran baharu dalam proses pembangunannya.

Mikrocip kuantum diibaratkan sebagai jantung, manakala sistem pengendaliannya pula umpama otak manusia.

Difahamkan, sistem pengendalian “Origin Pilot” tersebut mencapai kemajuan dalam sektor operasi komputer kuantum, penentuan automatik mikrocip, pengawalan sumber dan sebagainya.

Selain itu, “Origin Pilot” akan digunakan dalam platform awan perkomputeran kuantum bagi menawarkan perkhidmatan kepada pengguna di seluruh dunia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here