PETALING JAYA,1 Mac: Kerajaan memutuskan status empat negeri yang dalam pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) ditamatkan dan digantikan dengan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) bermula 5 Mac hingga 18 Mac.

Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob berkata empat negeri itu adalah Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang.

“Manakala Melaka, Pahang, Terengganu, Sabah, Putrajaya dan Labuan ditukarkan status dari PKPB perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP).

“Perlis kekal status PKPP,” katanya pada sidang media hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here