BEIJING, 8 Mac — Kerajaan pusat China akan menyokong wilayah Hong Kong dan Macau dalam usaha mengembangkan ekonomi, membaiki kehidupan penduduk serta memelihara kemakmuran dan kestabilan kedua-dua wilayah pentadbiran khas tersebut.

Perkara itu disuarakan Perdana Menteri China, Li Keqiang ketika membentangkan laporan kerja kerajaan China tahun ini.

Beberapa tokoh dari wilayah Macau berpendapat China berjaya mencapai prestasi memberangsangkan pada tahun lalu termasuk dalam membendung penularan pandemik COVID-19, membasmi kemiskinan dan memulihkan ekonomi.

Justeru menurut mereka, Macau akan memanfaatkan kelebihan wilayah berkenaan, di samping mengambil peluang daripada pembangunan Teluk Besar Guangdong-Hong Kong-Macau, dan lebih aktif terlibat dalam pembangunan negara.

Ahli Majlis Perundangan Macau, Lao Chi Ngai berkata kejayaan China dalam membendung wabak dan prestasi ekonomi yang unggul mencerminkan kelebihan sistem negara.

Seorang lagi ahli Majlis Perundangan Macau, Wong Kit Cheng berpendapat, laporan kerja itu  memaparkan sokongan dan keprihatinan kerajaan pusat terhadap kedua-dua wilayah pentadbiran khas itu.

Jelas beliau berkata, ia sekali gus menyuntik keyakinan kepada penduduk Hong Kong dan Macau terhadap pembangunan wilayah dan negara pada masa depan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here