PETALING JAYA,25 Mac: Pihak Berkuasa Penerbangan Awam (CAAM) akan melaksanakan latihan pengurusan keselamatan yang diwajibkan kepada semua pengendali helikopter susulan kemalangan helikopter di kawasan Lapangan Terbang Subang semalam.

Kemalangan terbabit merupakan yang ketiga dalam tempoh kurang dari enam bulan. Dua daripada lima individu dalam helikopter jenis Airbus H125 itu mengalami kecederaan.

Ketua Pegawai Eksekutif CAAM, Chester Voo, berkata latihan pengurusan keselamatan itu akan melibatkan pengendali helikopter tempatan, organisasi penyelenggaraan, dan juruterbang helikopter.

Beliau berkata, pihak berkuasa mahu mengenal pasti punca kemalangan itu dan memastikan peraturan dipatuhi sepenuhnya.

“Taklimat ini akan mengenal pasti sebarang perkara berbahaya serta faktor dan penilaian risiko keselamatan untuk semua pihak termasuk organisasi kecil,” katanya dalam kenyataan.

Voo bagaimanapun menjelaskan semua pengendali helikopter diperiksa sepenuhnya.

Katanya, juruterbang diwajibkan memiliki lesen sah serta sijil penyelenggaraan bagi memastikan kelayakan mereka sahih selain kelayakan untuk menerbangkan helikopter.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here