Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail

KANGAR, 5 April  — Perlis melaksanakan Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SPPIM) yang mula diperkenalkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada 2012.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Perlis (JAIPs) telah berjaya mendigitalkan rekod 55,264 pasangan di negeri ini.

Baginda bertitah JAIPS mula melaksanakan pendigitalan data ini secara intensif pada hujung 2016 dan inisiatif ini dapat mempercepatkan proses mendapatkan salinan surat perakuan nikah, cerai atau rujuk kepada hanya sejam sahaja berbanding 14 hari bekerja sebelum ini.

Baginda bertitah demikian ketika merasmikan Majlis Penyempurnaan Pendigitalan Data Perkahwinan Orang Islam Negeri Perlis di Dewan Syed Sirajuddin JAIPs di sini hari ini yang turut dihadiri Ketua Pengarah JAKIM Datuk Abdul Aziz Jusoh dan Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Baginda bertitah pendigitalan data itu juga selaras dengan Pelan ‘Perlis Go Digital’ yang dilihat mampu memacu kecemerlangan Program Perlis Digital Muslim bagi Kluster Masyarakat Digital, khasnya melalui strategi pendigitalan sepenuhnya Pentadbiran Islam Perlis dan mencipta gaya hidup Muslim Digital Perlis.

Sementara itu, Abdul Aziz berkata antara objektif usaha pendigitalan data itu adalah bagi menyelamatkan rekod-rekod yang sebelum ini ditulis secara manual serta memudahkan proses merujuk dan memproses data.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here