BEIJING, 26 April  — Hubungan China-Laos kini berada pada fasa terbaik dalam sejarah, dan China bersedia untuk terus memperkaya usaha membangunkan komuniti berkongsi nasib.

Demikian ujar Duta China ke Laos, Jiang Zaidong ketika menyampaikan ucapan menerusi Televisyen Kebangsaan Laos pada Ahad sempena ulang tahun ke-60 hubungan diplomatik kedua-dua negara.

Pada masa sama, beliau turut memuji kejayaan dicapai China dan Laos dalam kerjasama pragmatik dan interaksi sosiobudaya sepanjang enam dekad lalu.

“China dan Laos membentuk hubungan perkongsian menyeluruh yang mantap, bersahabat dan saling mempercayai pada tahun 2000, seterusnya menjalinkan perkongsian strategik komprehensif sembilan tahun selepas itu.

“Pada 2017, kedua-dua negara mencapai kata sepakat untuk membina komuniti berkongsi nasib yang signifikan dari segi strategik dan melancarkan pelan tindakan yang berkaitan pada 2019,” jelas Jiang lagi.

Menurut beliau, pelaburan China di Laos meningkat 70 kali ganda dalam tempoh tiga dekad lalu, sementara dagangan dua hala bertambah 230 kali ganda.

Pada 2019, jumlah pelancong China yang melawat Laos melepasi sejuta orang, iaitu 100 kali ganda berbanding 30 tahun lalu.

Selain itu, turut dilaporkan terdapat seramai 15 ribu penuntut Laos yang melanjutkan pelajaran di China.

Menyentuh mengenai gelombang baharu penularan wabak COVID-19 yang melanda Laos akhir-akhir ini, Jiang berkata, China akan menghulurkan bantuan vaksin kumpulan ketiga kepada Laos secepat mungkin.

Beliau juga merakamkan penghargaan kepada Laos yang memberi suntikan vaksin secara percuma kepada warga China yang berisiko tinggi di samping menyifatkannya sebagai cerminan komuniti berkongsi nasib antara kedua-dua negara.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here