KUALA TERENGGANU, 2 Mei — Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu mengarahkan supaya bazar Ramadan di Kuala Besut dan Bukit Kenak, dalam daerah Besut supaya ditutup selama tujuh hari bermula semalam hingga 7 Mei ini selepas ada peniaga di bazar itu didapati positif COVID-19.

Pengarahnya Dr Nor Azimi Yunus berkata kedua-dua bazar itu diarah tutup di bawah Seksyen 18(1)(d) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342), bagi tujuan mencegah penularan COVID-19.

Ketika dihubungi Bernama hari ini beliau berkata, siasatan mendapati tiga daripada enam pekerja sebuah kafe di daerah Besut yang didapati positif, turut berniaga di kedua-dua bazar berkenaan.

 Sementara itu Nor Azimi berkata tahun ini 69 lokasi bazar Ramadan dengan 4,326 petak niaga beroperasi di seluruh Terengganu, dan daripada jumlah itu 22 lokasi adalah di Kuala Terengganu, Kemaman (19), Besut (10), Setiu (enam), Dungun (lima), Marang (lima) dan Hulu Terengganu (dua).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here