KUALA LUMPUR, 15 Julai — Pihak berkuasa digesa menutup semua pusat jagaan kanak-kanak, Orang Kurang Upaya (OKU) dan warga emas yang tidak berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) demi keselamatan penghuni.

Ahli Dewan Negara Senator Datuk Ras Adiba Radzi berkata Akta Pusat Jagaan 1993 juga perlu dipinda dan diperketatkan supaya hanya pusat jagaan yang berdaftar dengan JKM sahaja boleh beroperasi di negara ini.

“Saya memohon agar tindakan diambil terhadap mereka yang membuka pusat-pusat tidak berdaftar ini dan supaya ia ditutup agar kita dapat memastikan mereka (penghuni) semua selamat.

“Mohon pihak berkuasa terutamanya JKM serta Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk ambil langkah ini dan tindakan sewajarnya,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata tindakan itu adalah penting berikutan kebanyakan kes penderaan dan penganiyaan, majoritinya berlaku di pusat jagaan yang tidak berdaftar dengan JKM.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here