KANGAR, 23 Julai — Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) telah mengagihkan sebanyak RM12.88 juta bagi keseluruhan program Inisiatif MAIPs menangani COVID-19 bagi 2020 dan 2021, titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

“Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM4.68 juta telah diagihkan oleh MAIPs bagi 2020 manakala RM8.19 juta pula diagihkan untuk 2021,” titah baginda yang juga Yang Dipertua MAIPs menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan MAIPs hari ini.

Terdahulu, Tuanku Syed Faizuddin berkenan berangkat menyerahkan sumbangan agihan zakat MAIPs berjumlah RM12,000 sempena program Hijrah Minda MAIPs Bilangan Ke-22 bagi 2021 yang diadakan di Masjid Al Falah, Kampung Behor Mempelam, Arau hari ini.

Sumbangan tersebut diterima oleh amil kariah tersebut Idris Ali yang mewakili 29 asnaf kariah masjid berkenaan. Masing-masing menerima RM400 setiap seorang.

Hadir sama mengiringi baginda ialah Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs Mohd Nazim Mohd Noor.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here