KUALA LUMPUR, 1 Ogos — Pengamal media di negara ini telah mempamerkan dedikasi dan profesionalisme dengan membawa berita serta rencana terkini berdasarkan keadilan untuk tatapan masyarakat.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah, yang melontarkan kata-kata pujian itu, turut mengajak pengamal media agar sama-sama berganding bahu menumpukan segala usaha dalam memerangi COVID-19, menjaga kebajikan rakyat dan meneruskan kelangsungan ekonomi negara. 

“Setinggi penghargaan juga dizahirkan kepada para warga media tanah air yang sentiasa bertungkus lumus melaporkan berita sahih serta mendedahkan berita palsu khususnya dalam pelbagai krisis yang melanda negara,” katanya menerusi hantaran di Twitter hari ini.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada Sinar Harian dan Malaysia Gazette masing-masing sempena sambutan ulang tahun ke-15 dan kelapan. 

“Teruskan perjuangan memantapkan dunia penyampaian maklumat negara,” katanya kepada kedua-dua organisasi media.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here