KUCHING, 4 Ogos — Tujuh kluster baharu dikesan di Kuching hari ini dengan enam daripadanya merupakan kluster komuniti, manakala satu lagi adalah kluster tempat kerja.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak memaklumkan kluster terlibat adalah Kluster Kampung Bintawa Tengah dengan 30 individu dikesan positif COVID-19, Kluster Kampung Bunuk (46 kes), Kluster Kampung Haji Baki (16 kes) dan Kluster Kampung Semban (23 positif).

Dua lagi kluster komuniti ialah Kluster Kampung Bintawa Hilir (159 positif), Kluster Kampung Jawa (47 positif), manakala kluster tempat kerja pula melibatkan Kluster Jalan Airport dengan 12 dikesan positif.

Pada masa sama, JPBN turut memaklumkan dua kluster diisytiharkan tamat iaitu Kluster Gran Stumbin di Sri Aman dan Kluster Lorong 3, Kampung Siol Kandis di Kuching selepas tiada kes baharu dikesan dalam tempoh 28 hari.

Hari ini, Sarawak merekodkan 552 kes baharu menjadikan jumlah keseluruhan kes positif meningkat kepada 78,673 kes dengan 89 kluster aktif.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here