KUALA LUMPUR, 6 Ogos  — Seramai 31 Ahli Parlimen daripada UMNO dan Barisan Nasional (BN) hari ini menyatakan pendirian untuk terus bersama serta menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) bagi meneruskan pentadbirannya.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata semua Ahli Parlimen terbabit berpendirian supaya keabsahan kerajaan hari ini, di bawah pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan ditentukan oleh wakil rakyat menerusi usul undi percaya yang dijadual dibentangkan di Parlimen  September nanti.

“Yang di-Pertuan Agong (Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shahtelah beri perkenan supaya satu usul undi percaya dibentangkan di dalam Parlimen dan Ahli Parlimen boleh tentukan pendirian sokong atau tidak usul tersebut.

“Jelas bahawa Yang di-Pertuan Agong mahu supaya Parlimen diadakan, sidang diadakan dan penentuan sama ada kerajaan hari ini masih terus boleh berfungsi selepas September yang akan ditentukan oleh Ahli-ahli  Parlimen,” katanya dalam sidang media yang dihadiri 21 Ahli Parlimen UMNO dan BN di Menara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur di sini hari ini. 

Seramai 10 lagi Ahli Parlimen yang menyokong kerajaan hari ini untuk meneruskan pentabdiran tidak hadir kerana urusan tugas.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here