KUALA LUMPUR, 7 Sept  — Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) diminta supaya menyegerakan proses meluluskan geran dan bantuan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) digital.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa menerusi ciapan di Twitter rasminya hari ini menyatakan lebih RM40 juta yang diperuntukkan bagi tujuan tersebut perlu diluluskan tahun ini.

“Saya tekankan supaya setiap permohonan mesti diproses dan dibuat keputusan dalam tempoh tidak lebih daripada 60 hari,” katanya. 

MDEC, sebuah agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia, antara lain merupakan pengurus program untuk Geran Automasi Pintar (SAG), geran sepadan yang bertujuan membantu PKS dalam industri perkhidmatan untuk meningkatkan dan menambah baik perniagaan melalui digitalisasi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here