#BuletinBernama : Kadar vaksinasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun di Johor bagi suntikan dos pertama mencapai sebanyak 81 peratus setakat ini, manakala dos kedua lima peratus. Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya Johor Mazlan Bujang berkata secara keseluruhannya pemberian vaksinasi menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Remaja di Johor melibatkan seramai 305,000 orang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here