Seramai 30 ahli Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Pengkalan Chepa kini boleh tersenyum lebar apabila penglibatan mereka dalam aktiviti menanam salad dan sawi secara hidroponik melalui kaedah Nutrien Film Technique (NFT) dan Deep Flow Technique (DFT) memberi hasil yang baik.

Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Kelantan Mohd Hanifa Awang Su berkata projek yang dilaksanakan sejak awal 2019 itu kini membuahkan hasil apabila sejumlah 37.1 metrik tan salad dan sawi mampu dituai setiap tiba tempoh matang.

“Ketika ini projek berkenaan mempunyai 22,500 pot salad dan sawi hidroponik. Dua jenis salad iaitu Siamese Lattuce serta Coral Lattuce mendapat permintaan tinggi, dan sudah memasuki pasar raya serta kedai runcit sekitar Kota Bharu dan pusat hasil PPK,” katanya kepada Bernama, baru-baru ini.

“LPP Kelantan membantu ahli PPK Pengkalan Chepa sejak awal 2019 menerusi peruntukan berjumlah RM70,000, dan tahun lepas sejumlah RM85,00 lagi peruntukan ditambah,” tambahnya

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here