MELAKA, 30 Okt  — Perikatan Nasional (PN) menyerahkan kepada kebijaksanaan pimpinan PAS untuk membuat keputusan berhubung keputusan Majlis Tertinggi UMNO untuk meneruskan persefahaman dengan parti itu bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata gabungan itu akan meneruskan strategi yang telah dibincangkan dan dirancang serta bersedia dengan untuk pertembungan tiga penjuru.

“UMNO di Perhimpunan Agung dia telah buat keputusan tak nak bekerjasama dengan Bersatu. Jadi kita tak akan tunggu dan teruskan persiapan kita untuk pilihan raya negeri ini.

“Sama ada tiga penjuru ke, empat penjuru ke, kerana bagi saya ini adalah cabaran dan kita berusaha untuk menawarkan pilihan yang terbaik untuk negeri Melaka,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis minum petang bersama profesional Melaka di sini hari ini.

Khamis lepas, UMNO memutuskan untuk meneruskan persefahaman dengan PAS bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri  (PRN) Melaka, 20 Nov ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh mengundi PRN Melaka pada 20 Nov manakala penamaan calon pada 8 Nov dan undi awal pada 16 Nov ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here