KUALA LUMPUR, 8 Nov  — Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan tahniah kepada Setiausaha Luar, Komanwel dan Hal Ehwal Pembangunan United Kingdom (UK) Elizabeth Truss atas pelantikan beliau pada bulan September lepas.

Ismail Sabri menzahirkan ucapan itu ketika Truss, yang juga Menteri Wanita dan Kesaksamaan UK, mengadakan kunjungan hormat ke pejabatnya hari ini.

“Kunjungan hormat ini adalah sebahagian daripada jadual perjalanan beliau ke negara-negara Asia Tenggara seperti Malaysia, Indonesia dan Thailand.

“Saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah atas pelantikan beliau dan terima kasih atas kunjungan hormat ini,” menurutnya di laman Facebook rasmi beliau.

Turut hadir pada sesi kunjungan hormat itu ialah Menteri Luar Negeri Datuk Saifuddin Abdullah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here