JOHOR BAHRU, 8 Dis — Indonesia dijangka menghantar seramai 5,000 hingga 10,000 rakyatnya untuk bekerja di negara ini, bulan depan.

Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan berkata jumlah itu termasuk pekerja yang bakal bekerja di sektor pembinaan, pembuatan dan pekhidmat domestik Indonesia (PDI).

“Saya telah mencadangkan 5,000 hingga 10,000 pada peringkat awal termasuk pembantu rumah, apabila kami telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Malaysia dan Indonesia, semua sektor lain turut dibenarkan (ke negara ini),” katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Pelancaran Kuarters Pekerja Berpusat Bersepadu (ICLQ) di Pasir Gudang, di sini hari ini.

Beliau berkata satu Jawatankuasa Khas di bawah Jabatan Tenaga Kerja akan diwujudkan dalam masa terdekat bertujuan membela nasib warga kerja PDI. 

“Ini adalah inisiatif kerajaan setelah berbincang dan kami telah bersetuju bahawa kami akan membela nasib warga kerja Indonesia, maka ini menjadi tanggungjawab kami untuk menubuhkan satu jawatankuasa untuk menunaikan janji kami,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here