KUALA LUMPUR, 10 Dis  — Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa hari ini melancarkan aplikasi mudah alih Maxis eKelas yang menawarkan pengalaman pembelajaran baharu kepada pelajar. 

Aplikasi eKelas membolehkan pelajar, guru dan ibu bapa mengakses kandungan pembelajaran digital secara mudah serta fleksibel dan ia merupakan versi mudah alih kepada portal eKelas yang dibangunkan Maxis sebelum ini. 

Aplikasi eKelas menawarkan lebih 3,000 kandungan pembelajaran ringkas bagi tiga mata pelajaran teras iaitu Matematik, Bahasa Inggeris dan Sains menerusi video ulang kaji pembelajaran, nota peperiksaan, bahan bacaan dan sesi tutorial secara langsung bersama guru-guru berpengalaman.

Kandungan pembelajaran eKelas adalah untuk pelajar Tahun 4 hingga Tingkatan 5, dan ia memanfaatkan lebih 50,000 pelajar termasuk pelajar dari lebih 600 sekolah di seluruh negara.

Aplikasi itu boleh dimuat turun secara percuma di Apple Store dan Google Play Store. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here