BEIJING, 13 Dis — Kerja-kerja pembuatan salji di Platform Ski Shougang yang bermula pada Ahad menandakan China bersiap sedia untuk mengadakan acara papan luncur salji dan ski gaya bebas sempena temasya Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022.

“Kerja-kerja membuat salji itu dijalankan serentak di zon akhir dan zon berlepas, seterusnya secara beransur-ansur ke zon permulaan.

“Ketebalan salji di zon permulaan adalah 0.5 meter, manakala ketebalan salji di trek lompatan dan zon akhir masing-masing adalah 0.5 meter hingga empat meter,” kata Naib Ketua  Pengarah Operasi Logistik  Platform Ski Shougang, Jin Hongli.

Difahamkan, berbanding dengan venue ski yang lain, kerja-kerja pembuatan salji di Beijing  hanya sesuai dilakukan pada waktu malam hingga awal pagi.

Untuk memastikan kerja-kerja tersebut berjalan lancar, pakar pembuat salji menjalankan pemantauan teliti terhadap cuaca dan arah tiupan angin.

Kerja-kerja itu dijalankan dalam empat peringkat, iaitu membuat salji, menyimpan salji, membentuk dan menambah salji.

Jumlah keseluruhan salji buatan akan mencecah 11,500 meter padu dan dijangka siap menjelang 20 Jan 2022.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here