KUALA LUMPUR, 23 Dis  — Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dibenakan keluar dari Institut Jantung Negara (IJN) pada kira-kira pukul 11.30 pagi tadi.

Dalam satu kenyataan hari ini, IJN berkata Dr Mahathir telah menjalani beberapa siri pemeriksaan kesihatan dan bersedia untuk didiscaj seperti yang dijadualkan.

Dr Mahathir dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan beliau, menurut kenyataan itu.

Pada 16 Dis lepas, Dr Mahathir dimasukkan ke IJN untuk pemeriksaan kesihatan menyeluruh dan pemantauan lanjut. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here