PUTRAJAYA, 25 Dis — Sebanyak 49 kes baharu jangkitan COVID-19 varian Omicron dikesan di Malaysia, menjadikan kumulatif kes varian berkenaan kini 62 kes.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin memaklumkan ia termasuk satu kes COVID-19 varian Omicron yang berkemungkinan jangkitan tempatan dilaporkan di Sarawak, semalam (24 Dis).

Beliau menjelaskan Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) menjalankan ujian PCR Genotyping Assay ke atas 145 sampel kes positif COVID-19 dalam kalangan pengembara dari 15 hingga 21 Dis sebelum 60 sampel menunjukkan berkemungkinan (presumptive) varian Omicron.

“Pada 24 Dis, 45 daripada 60 sampel presumptive ini disahkan varian Omicron melalui jujukan genom yang dijalankan oleh IMR,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata Institut Kesihatan dan Perubatan Komuniti, Universiti Malaysia Sarawak (IHCM-UNIMAS) pula mengesan empat kes varian Omicron.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here