HULU LANGAT, 26 Dis — Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini membuat tinjauan kawasan terjejas banjir di sekitar Hulu Langat.

Tiba jam 9.50 pagi tadi, beliau meninjau rumah penduduk dan khabar mereka yang masih lagi bertungkus lumus membersihkan kediaman mereka yang terjejas banjir, Sabtu lalu.

Perdana Menteri kemudian meninjau pembersihan surau Al Munir yang difahamkan menjadi ‘penyelamat’ penduduk yang menaiki bumbung surau itu dalam kejadian pada Sabtu itu.

Perdana Menteri seterusnya ke beberapa lokasi melihat proses gotong-royong pembersihan kawasan taman tersebut oleh sukarelawan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta pasukan keselamatan terlibat.

Beliau turut melawat kawasan Kampung Dusun Tua yang turut terjejas. 

Turut hadir Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani dan Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Affendi Buang. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here