BEIJING, 28 Dis  — Festival Kesenian Antarabangsa ke-22 dan Festival Kebudayaan Olimpik “Meet in Beijing” akan  diadakan serentak pada 6 Jan hingga 18 Feb depan.

Bersempena Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 di Beijing, festival kali ini bakal menghimpunkan pelbagai kesenian tradisional serta kebudayaan Olimpik dari dalam dan luar negara.

Teknologi persembahan yang canggih turut digunakan bagi menghidupkan lagi kemeriahan suasana Sukan Olimpik Musim Sejuk.

Menurut pihak penganjur, hampir 100 persembahan bakal diadakan secara hybrid oleh artis dari 22 buah negara dan kawasan.

Gala Malam Kesenian “Meet in Beijing” bakal berlangsung pada 6 Jan, sekali gus menandakan pembukaan tirai kedua-dua festival tersebut.

Pada malam gala itu, pemenang pingat Sukan Olimpik akan turut mendendangkan lagu “Meet in Beijing”, iaitu lagu promosi Sukan Olimpik dan Paralimpik Musim Sejuk 2022 Beijing di akhir persembahan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here