KUALA LUMPUR, 4 Jan — Jumlah jualan yang dicatatkan pembuat kereta nasional, Proton Holdings Bhd meningkat 4.5 peratus tahun ke tahun pada 2021 kepada 114,708 unit bagi pasaran domestik dan eksport, sekali gus menjadi angka penutupan tertinggi bagi tempoh sejak 2014.

Ini menandakan tahun ketiga berturut-turut syarikat merekodkan pertumbuhan jumlah jualan, menurut Proton dalam kenyataan pada Selasa.

“Pencapaian ini amat perlu diberi perhatian memandangkan jumlah jualan keseluruhan industri (TIV) bagi Malaysia dianggarkan susut 4.6 peratus kepada kira-kira 505,000 unit.

“Bahagian pasaran Proton pada Disember dianggarkan 20.6 peratus, dan untuk keseluruhan 2021, ia dianggarkan sebanyak 22.7 peratus,” tambahnya.

Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Roslan Abdullah berkata pihaknya berbangga menjadi jenama dengan jumlah eksport tertinggi pada 2021 kerana ia menunjukkan Proton semakin mendapat perhatian di luar negara.

“Walaupun peningkatan kos penghantaran menjadi kebimbangan yang semakin tinggi, namun aktiviti yang dirancangkan kami pada 2022 juga bermakna kami turut menjangkakan pertumbuhan jualan eksport dengan kadar yang ketara pada tahun-tahun akan datang,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here