Pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong nyata teruja untuk membuat penampilan pertamanya dalam saingan badminton Jelajah Dunia BWF Super 500. Beliau menyifatkan Kejohanan Badminton Terbuka India yang membuka tirai pada Selasa, menjadi penanda aras baharu dalam kariernya bagi pembukaan musim 2022.