KOTA BHARU, 6 Feb — Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICKids) di Kelantan dijangka bermula 13 Feb ini.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) Datuk Dr Zaini Hussin berkata ketika ini pihaknya masih menunggu proses pendaftaran kanak-kanak yang dilakukan oleh ibu bapa mereka.

Beliau berkata borang untuk mendapatkan kebenaran daripada ibu bapa telah diedarkan oleh pihak sekolah untuk diisi bagi melancarkan pendaftaran selain mendaftar melalui aplikasi MySejahtera.

“PICKids di negeri ini akan dimulakan sebaik proses pendaftaran secara sukarela berjalan lancar iaitu melibatkan kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun.

“Bagi kanak-kanak yang mempunyai penyakit berisiko tinggi dan komorbid, mereka akan dibuat penilaian kesihatan di hospital-hospital berdekatan sebelum proses vaksinasi dilakukan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Dr Zaini berkata mengikut data Jabatan Perangkaan 2021, populasi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di Kelantan adalah kira-kira 219,000 orang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here