BEIJING, 18 Feb — Sejak berjaya membida Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 pada 2015, rakyat China bukan sekadar semakin berminat menceburi sukan ais dan salji, malah turut mencapai visi iaitu menggalakkan 300 juta rakyatnya menyertai sukan itu.

Menurut Biro Statistik Negara China (NBS), jumlah penduduk China yang terlibat dalam sukan ais dan salji mencecah 346 juta dengan kadar penyertaan merekodkan 24.56 peratus berbanding sebelum 2015.

Naib Pengarah Jabatan Sukan Awam Pentadbiran Am Sukan China, Qiu Ru ketika berkata pada awal 2021, China mempunyai 654 gelanggang ais standard, meningkat 317 peratus berbanding 2015.

Sementara itu pelbagai kemudahan salji di venue terbuka dan tertutup pula meningkat sehingga 41 peratus iaitu sebanyak 803 buah.

Dalam perkembangan lain, sektor pelancongan ais dan salji juga menyaksikan perkembangan pesat di China.

Statistik menunjukkan jumlah pelancong mencatat 230 juta dengan jumlah pendapatan melebihi RMB390 bilion(RM257.47 bilion) pada musim sejuk 2020-2021, dan bilangan pelancong dijangka meningkat kepada 305 juta pada tempoh musim sejuk tahun 2021-2022.

Secara tidak langsung, ia turut membuktikan peranan penting sukan ais dan salji bagi menggalakkan pembangunan di desa, transformasi ekonomi tempatan serta pertumbuhan ekonomi berkualiti tinggi dan lestari di China.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here