KUALA LUMPUR, 23 Feb  — Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein kini menjalani isolasi di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, di sini, bagi rawatan dan pemantauan selepas disahkan positif COVID-19, semalam.

Hishammuddin menerusi ciapan di Twitter hari ini memaklumkan walaupun beliau mengalami gejala akibat jangkitan itu, kesihatannya berada dalam keadaan yang baik.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan kesembuhannya.

“Saya terima banyak mesej ucapan dan doa sejak semalam. Saya mohon maaf tidak dapat balas semuanya. Namun bagi pihak ahli keluarga, saya amat menghargai dan berterima kasih kepada semua pihak yang ambil berat dan doakan kesembuhan saya. Semoga dimakbulkan Allah SWT. insya-Allah,” katanya.

Pejabat Menteri Kanan Pertahanan dalam kenyataan semalam memaklumkan Hishammuddin yang telah menerima dos penggalak disahkan positif COVID-19, sedang menjalani tempoh kuarantin yang ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM).

Kenyataan itu juga memaklumkan Hishammuddin akan terus memantau dan menjalankan tugas yang sesuai sepanjang tempoh itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here