KUALA LUMPUR, 21 Mac — Lebih sejuta individu di seluruh Malaysia dan ASEAN mendapat manfaat daripada kira-kira 7,000 projek komuniti Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) sejak ia ditubuhkan 10 tahun lepas.

Menteri Pengajian Tinggi merangkap penaung YSS Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata sehingga hari ini, yayasan itu telah melaksanakan 48 misi yang berjaya melahirkan seramai 1,481 pemimpin sukarelawan dari ASEAN dan China. 

“Matlamat penubuhannya ialah untuk meningkatkan semangat kesukarelawanan dan setiakawan dalam kalangan pelajar di samping mempromosikan keamanan dunia,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Makan Malam Sempena Ulang Tahun ke-10 YSS di sini malam ini. 

Yayasan itu dilancarkan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) pada 21 Mac 2012 di Universiti Teknologi MARA Shah Alam, Selangor.

Antara aktiviti sempena sambutan ulang tahun itu ialah Larian KPT-YSS Keluarga Malaysia untuk mengumpul dana RM1 juta, Misi Sukarelawan Siswa di Sabah, Sarawak, Vietnam, Laos dan Kemboja serta penganjuran International Forum for Volunteering in Development 2023.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here