ALOR SETAR, 22 April — Polis sedang giat menjalankan operasi mengesan baki 96 tahanan etnik Rohingya yang melarikan diri dari Depot Tahanan Imigresen Sungai Bakap, Rabu lalu.

Ketua Polis Kedah CP Wan Hassan Wan Ahmad berkata setakat 6 pagi ini, seramai 76 lelaki dewasa, sembilan wanita dewasa, tujuh kanak-kanak perempuan dan empat kanak-kanak lelaki belum ditemukan.

“Setakat ini, seramai 432 tahanan etnik Rohingya telah ditemukan terdiri daripada 218 lelaki dewasa, 88 wanita dewasa, 65 kanak-kanak lelaki dan 61 kanak-kanak perempuan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Wan Hassan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat supaya menghubungi pihak polis di balai-balai berdekatan supaya tindakan selanjutnya boleh diambil.

Selain itu, Wan Hassan berkata setakat ini seramai 23 orang masih ditempatkan di depot tahanan tersebut. 

Dalam kejadian awal pagi Rabu, 528 warga asing terdiri daripada etnik Rohingya melarikan diri, bagaimanapun enam daripada mereka maut dirempuh kereta ketika cubaan melarikan diri di lebuh raya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here