BEIJING, 20 Mei — Negara-negara BRICS diseru untuk memupuk rasa saling percaya dalam politik, mempertingkat kerjasama keselamatan, mengeratkan komunikasi dan penyelarasan mengenai isu antarabangsa serta serantau.

Presiden China, Xi Jinping dalam ucapannya pada majlis perasmian Mesyuarat Menteri-Menteri Luar BRICS semalam berkata kesemua negara itu juga harus mempertimbangkan kepentingan asas dan fokus utama masing-masing.

Beliau berkata pihak-pihak terbabit perlu menghormati kedaulatan, keselamatan dan kepentingan pembangunan masing-masing, menentang amalan hegemonisme dan politik kuasa pembuli, menghindari mentaliti Perang Dingin dan perseteruan blok, dan bersama-sama membina komuniti keselamatan global.

Tegas Xi, pembangunan merupakan tugas bersama bagi negara-negara pasaran baharu dan negara membangun.

“Kelima-lima negara anggota BRICS diharap mengadakan lebih banyak dialog dan pertukaran lawatan dengan negara-negara pasaran baharu dan negara membangun lain.

“Langkah itu bagi menambah persefahaman dan memperkasakan kerjasama agar dapat menyumbang lebih banyak kepada pembentukan komuniti berkongsi nasib sesama insan,” katanya. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here