BELURAN, 13 Jun — Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Beluran menerima peruntukan sebanyak RM528,000 bagi membeli sebuah bangunan kedai untuk dijadikan pejabat persatuan itu di sini.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata kementerian menyalurkan peruntukan itu sebagai antara usaha kerajaan untuk memastikan bekalan makanan dari sektor perikanan terus terjamin.

“Ini merupkan langkah dan tindakan yang diambil kementerian agar nelayan melalui PNK akan terus berfungsi dan akan menjadi penghubung kepada kerajaan.

“Sektor perikanan mampu untuk bergerak ke arah tahap sara diri sebanyak 100 peratus dan pelbagai program serta pendekatan sektor ini terus dibangunkan agar negara tidak bergantung kepada bekalan import,,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan Elaun Sara Hidup Nelayan (ESHN) PNK Beluran di sini hari ini.

Ronald yang juga Ahli Parlimen Beluran berkata seramai 619 ahli PNK Beluran menerima ESHN melibatkan peruntukan sebanyak RM176,000 pada majlis itu.

Menurutnya di Sabah, sebanyak RM22 juta disalurkan pada tahun ini bagi tujuan bantuan ESHN kepada 7,671 nelayan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here