KATOWICE (POLAND), 27 Jun —  Indeks Daya Huni Malaysia (iDAM) akan membantu bandar raya mengukur tahap kesejahteraan, kualiti kehidupan dan kebolehdiaman pada setiap peringkat, kata Menteri Perumahan dan Kerajaaan Tempatan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Berkongsi pandangan mengenai iDAM pada Forum Bandar Dunia ke-11 (WUF11) di sini hari ini Reezal Merican berkata iDam yang dibangunkan oleh Jabatan Perancang Bandar dan Desa (PLANMalaysia) merupakan satu alat pengukur berimpak tinggi bagi melihat keberkesanan langkah-langkah yang diambil bagi menjadikan negara lebih baik untuk didiami.

“Antara inspirasi teras dalam iDAM ialah pembangunan ekonomi yang makmur dan kalis masa hadapan, penambahbaikan dalam kualiti dan pemuliharaan alam sekitar, tadbir urus bandar yang cekap dan infrastrukur dan fasiliti yang inklusif,” katanya pada pelancaran Pavilion Malaysia dan prapelancaran iDAM di WUF11.

WUF telah dimulakan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 2001 untuk mengkaji salah satu isu paling mendesak yang dihadapi dunia hari ini, iaitu pembandaran pesat dan kesannya terhadap masyarakat, bandar, ekonomi dan perubahan iklim.

WUF ditubuhkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 2001 untuk mengkaji salah satu isu paling mendesak yang dihadapi dunia hari ini iaitu perbandaran pesat dan kesannya terhadap komuniti, bandar, ekonomi dan perubahan iklim.

Forum anjuran UN-Habitat itu merupakan antara perhimpunan antarabangsa yang paling inklusif mengenai isu-isu bandar. Ia menghimpunkan wakil kerajaan negara, wilayah dan tempatan, ahli akademik, ahli perniagaan, pemimpin masyarakat, perancang bandar dan wakil masyarakat sivil.

WUF11 dengan tema ‘Transforming Our Cities, For A Better Urban Future’, Reezal Merican mengakui forum itu adalah platform ideal untuk wacana, perkongsian pengetahuan, pertukaran idea dan amalan terbaik untuk Malaysia dalam usaha mendapatkan persekitaran yang mampan dan boleh didiami untuk komunitinya pada masa pasca pandemik.

Di Malaysia beliau berkata, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) adalah bertanggung jawab dalam menyelia, menyelaras dan melaksanakan agenda mampan dalam memastikan kesejahteraan 25 juta penduduk bandar, yang merupakan 78 peratus daripada keseluruhan 32 juta populasi Malaysia.

“Kami komited untuk membina rumah mampu milik, menyediakan perkhidmatan kehidupan bandar yang berkualiti dan mempergiatkan usaha kami terhadap ekosistem pengurusan sisa di Malaysia.

“Kami juga dalam misi untuk memenuhi visi negara untuk menjadikan Malaysia sebuah ‘negara taman’ yang indah. Oleh itu, pihak berkuasa tempatan di Malaysia digalakkan untuk memberi tumpuan kepada pembangunan kehijauan dan landskap bandar,” katanya.

Reezal Merican berkata kehadiran Malaysia dalam WUF11 juga merupakan peluang untuk mempamerkan inisiatif dan pencapaian negara dalam mempromosi dan melaksanakan pembangunan bandar yang mampan.

“Kami berazam untuk melihat pertumbuhan yang saksama dan peningkatan daya tahan. Kami akan mengimbangi pengembangan bandar dengan kemampanan alam sekitar dan keterangkuman dalam usaha kami,” katanya, sambil menambah bahawa tema ‘Malaysia Liveable: A Liveable Green Urban Nation’ di WUF11’ mengulangi komitmennya untuk merealisasikan Agenda Perbandaran Baharu (NUA) dan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) menjelang 2030.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here