SHAH ALAM, 15 Julai — Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Adam Adli Abd Halim, yang baharu, menyifatkan kemenangan menggalas jawatan itu sebagai amanah berat yang perlu dijaga dengan cukup cermat.

Bekas aktivis mahasiswa itu dalam ucapan sulung sebagai pemimpin sayap pada Kongres Nasional AMK 2022 di sini, hari ini, berkata walaupun ia bukan tugas mudah namun yakin dan percaya dengan sokongan rakan seperjuangan di setiap peringkat.

Beliau berkata tumpuan kini teralih kepada keupayaan AMK mengembleng sokongan golongan muda mengangkat PKR dan Pakatan Harapan (PH) mencapai kejayaan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.

Adam dan peguam Muhammad Kamil Abdul Munim yang bernaung di bawah gabungan dikenali sebagai ‘Seangkatan’ dipilih sebagai ketua dan timbalannya serta 20 anggota barisan exco bagi sesi 2022-2025.

Ahli Majlis Pimpinan AMK Pusat 2022-2025  

Ketua: Adam Adli Abd Halim

Timbalan Ketua: Muhammad Kamil Abdul Munim

Naib Ketua: 1. Atyrah Hanim Razali, 2. Pravin Murali, 3. Prasanth Kumar Brakasam  

Anggota Exco:

  1. Muhammad Syaril Showkat Ali
  2. P.Prabakaran
  3. Fify Nuriety Harfizy 
  4. Mohammad Syamil Lutfiah Samsul Bahrin
  5.  Nur Farah Ariana Nurazam 
  6. Ng Yih Miin
  7.   Nanthakumar Poapalan
  8.  Sathasivam Manohar
  9. Gavin Way
  10. Muhammad Arshad Hassni
  11. Araham Rahimin Nasution
  12. Muhammad Husaini Mohd Yunos
  13. Ahmad Umar Khair Zainuddin
  14.  Muhd Sallehuddin Nazaruddin
  15.  K. Suria Vengadesh
  16. Ooi Mei Mei
  17.  Mohd Syauqi Md Sahimi
  18. Nurrul Atika Azhar
  19. Siti Nur Qamarina Mohd Ghani
  20. Mohd Fakharuddin Muslim

Berikut adalah senarai penuh Ahli Majlis Pimpinan Wanita Pusat 2022-2025.

Ketua: Fadhlina Sidek 
Timbalan: Juwairiya Zulkifli
Naib Ketua: 1.June Leow Hsiad Hui, 2.S.Wasanthee, 3.Sangetha Jayakumar

Anggota Exco:
1. Nurhidayah Che Rose
2. Loo Voon May
3. Sabrina Ahmad
4. Suzana Shaharudin
5. Nor Faiza Samsi
6. Telagapathi A. Marimuthu
7. Mahani Abdul Moin
8. Ermeemariana Saadon
9. Anetha Vallaitham Pillai
10. Natrah Ismail
11. Siti Norffinie Mohamed Yassin
12. Rabiatul Adawiyah Sulaiman
13. Saribanon Saibon
14. Noraziah Mohd Razit
15. Mahani Masban
16. Rozaliah Mokhtar
17. Karen Kasturi James
18. Ruthira K. Surasan
19. Farzana Hayani Mohd Nasir
20. Wan Zulaikha Abdul Kahar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here